Assalamualaikum & Salam 1Ummah,
Bismillahirrahmanirrahim...
Lagu ini selayaknya mula dinyanyikan bila menjelangnya Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan tak lama lagi, sesuai dengan statusnya sebagai lagu rasmi kejohanan yang berlangsung 4 kali setahun tersebut. Walaubagaimanapun, saya post lagu ini buat tatapan semua bukan kerana tidak sabar2 menunggu bermulanya kejohanan terbabit ataupun cuba mula menyemarakkan suasana 'makan bola, tidur bola dan semuanya bola2 itu'.
Bukan itu maksud saya.
Apa yang cuba saya ketengahkan di sini adalah liriknya. Lirik ini sebenarnya menceritakan tentang penderitaan kanak2 diseluruh dunia khusunya di benua Afrika (kanak2 muslim boleh tahan ramainya kat sini) yang terpaksa menghadapi pelbagai halangan bagi meneruskan hidup dan apa yang sebenarnya mereka impikan pabila mereka dewasa kelak- iaitu kehidupan yang lebih baik. Halangan kekurangan makanan dan keperluan asasi, terpaksa bekerja walaupun masih kecil, menderita penyakit HIV etc... semua itu adalah hakikat yang mereka kini alami. Itu dalam konteks lagunya.
Jika kita besarkan skopnya sedikit, adalah lebih berpadananlah kiranya saya meletakkan lagu ni dalam konteks adik2 seaqidah kita di Gaza, Palestina sana. Dalam keadaan dunia sekarang berada di dalam keadaan carca-marba, bekalan bantuan disekat terus-menerus, undang2 tampak boleh dilanggar begitu sahaja Israel yang memang terkenal dengan sikapnya yang suka memungkiri janji itu.
Kini, konvoi penghantaran lebih 15,000 tan bantuan bekalan dari pelbagai negara pula terus disekat Israel daripada memasuki Gaza walaupun setelah konvoi itu memenuhi segala macam undang2 dan syarat2 tetapan PBB/UN.
Ok, dengarlah lagunya,
moga kita terus membuka mata, bukan sekejap2 ini sahaja, tetapi terus perihatin atas dasar persaudaraan sesama Islam.
Song: Wavin' Flag
Singer: K'Naan
WallahuA'lam...
4 ulasan:
menjadi kuat untuk mereka.
argh
ana bkk kt library
tibe2 lagu terus terpasang
~mata tertumpu~
Library USIM mmg tempat On9 eh? takdak tempat lain?
2Fobia: Yupz, we should be inspired enough~
Catat Ulasan