Assalamualaikum,
Rasanya belum terlambat utk saya mengucapkan selamat belajar buat semua sahabat yang baru naik daripada cuti semester.
Jadi, dikongsikan sedikit antara adab2 belajar yg patut kita consider sebelum melangkah lebih jauh dalam semester ini mahupun semester2 yang akan datang. Basically, ini apa yang kita semua dah tahu, tapi hanya mahu memperingatkan jika ada yg terlupa.
1. Ikhlas
Ikhlaskan niat. Setiap perkara yang kita lakukan sudah semestinya untuk mencari keredhaan Allah semata2. Baru keberkatan itu ada. Tapi, apa yang mahu ditekankan di sini, kita belajar perlulah ada matlamat. Matlamat jangka panjang mahupun matlamat jangka pendek. Yang penting, bila melangkah masuk sahaja ke kelas ada sesuatu dalam minda kita tentang apa yang ingin kita timba dan capai secara maksimum pada sesi itu.
2. Sabar
Rujuk surah Al-Kahfi: 65-82 tentang kisah pertemuan Nabi Musa dan Nabi Khidir.
Ilmu itu kurniaan Allah. Tiada siapa pun yang layak mengakui bahawa dialah yang paling berilmu di dunia ini berbanding yang lain. Hatta, Nabi Musa AS sendiri ditegur oleh Allah atas tindakan baginda yg sedemikian. Syarat yang diberikan Nabi Khidir kepada Nabi Musa jika mahu berguru dengannya adalah bersabar. Telah berlaku beberapa kejadian di mana kesabaran Nabi Musa sedikit terganggu atas beberapa sebab.
Seterusnya, kita sebagai penuntut ,haruslah memelihara adab dengan guru/pensyarah/tutor dll. Setiap murid harus bersedia mendengar penjelasan seorang guru dari awal hingga akhir supaya tidaklah pula kita bertindak di luar perintah guru. Kisah Nabi Khidir ini juga menunjukkan bahawa sesungguhnya Islam memberikan kedudukan yang sangat istimewa kepada seorang tenaga pengajar.
*Harap dapat rujuk ayat2 surah al-Kahfi di atas untuk kefahaman yang lebih.
3. Jauhi Maksiat
Ilmu itu cahaya, maksiat itu pula kegelapan. Ilmu itu menerangi, maksiat pula menggelapkan hati.
Diibaratkan seperti sebuah gua. Semakin banyak maksiat yang kita lakukan, semakin jauh kita berjalan masuk ke dalam ceruk gua tersebut. Lantas, semakin jauhlah kita dari cahaya yang datang dari luar muka pintu gua tersebut. Mungkin sehingga cahayanya tidak kelihatan terus. Na'udzubillah.
Ambillah iktibar dari kisah Imam Syafie. Sukarnya beliau ingin mengingati ilmu yang disampaikan guru beliau adalah kerana maksiat yang tidak sengaja beliau lakukan- ternampak aurat (betis seorang wanita) di mana aurat yang terlihat hanyalah sebesar mata jarum sahaja. Itu pun beliau sudah menerima kafarah daripada Allah. Masya-Allah.
Agak2 kita di zaman sekarang ni macamana ek? Mencabar2...
.....................
Ketahuilah, menuntut ilmu bukan hanya sekadar untuk menambah pengetahuan sendiri semata2, atau hanya untuk mendapatkan pekerjaan terbaik selepas graduate kelak. Tetapi dengan menuntut ilmu, hadirnya seiring dengan tanggungjawab. Tanggungjawab untuk menyampaikannya kepada yang lain. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap ilmu yang kita ada. Ke mana ia disalurkan dan ke arah mana pula ia dimanfaatkan.
Kerana itulah Islam mewajibkan umatnya menuntut ilmu, kerana dengannya dapat membentuk individu itu sendiri, dengannya juga dapat membina individu2 lain di sekeliling. Begitulah juga bagaimana dakwah Islam dikembangkan- adalah dengan menyampaikan.
Kerana kita Khalifah-Nya, kita juga hamba-Nya.
Wallahua'lam.
4 ulasan:
erk.
belajar.cara.belajar?
best2.
Sampaikan apa yg dipelajari?
Berani2kanlah diri:)
lepas ni apa pula?caracara elak tidur dalam class?haha.
Itu pandai2 sendiri=)
Catat Ulasan