Pada suatu hari, Sayidina Abu Bakar As-siddiq bersumpah untuk tidak lagi membantu Misthah bin Atsatsah, salah seorang saudaranya. Ini kerana Misthah telah terlibat sama menyebarkan berita bohong mengenai puterinya, Siti Aisyah. Namun, Allah SWT melarang sikap Abu Bakar itu dgn turunnya ayat ke-22 dari surah An-Nur.
"Janganlah orang-orang yang mempunyai kelebihan dan kelapangan di antara kamu bersumpah bahawa mereka tidak akan memberi(bantuan) kepada kaum kerabat(nya), orang-orang yang miskin dan orang-orang yang berhijrah di jalan ALLAH. Hendaklah mereka memaafkan dan berlapangan dada. Apakah kamu tidak ingin agar Allah mengampunimu? Seseungguhnya, Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."(surah An-nur:22).
Ayat ini mengajar kita umat islam agar melakukan paling tidak dua hal kepada orang yang pernah melakukan kesalahan pada kita, Pertama, al-afwu, iaitu memberi maaf. Dalam bahasa Al-quran, kata al-afwu, bererti 'menghapus' atau 'menghilangkan luka-luka lama yang ada didalam hati'. Untuk itu, tidak disebut memberi maaf sekiranya masih tersisa ganjalan, apalagi dendam yang membara dalam hati.
Kedua, as-shafhu, iaitu berlapang dada. Kata as-shafhu bererti 'irdhu as-syai', iaitu permukaan atau dataran sesuatu menggambarkan kelapangan. Dari kata ini terbentuk kata mushafahah yang bererti bersalam-salaman, dan kata shafahat yang bererti lembaran-lembaran. Jadi dengan as-shafhu, kita disuruh bersikap lapang dada untuk menutup lembaran-lembaran lama dan membuka serta mengisi lembaran yang baru.
bermaaf-maafan
Menurut pakar tafsir Al-Ashfahani, as-shafhu lebih tinggi nilainya dibandingkan dengan al-afwu, boleh jadi ada sesuatu yang sukar dihapus dan dibersihkan, atau kerana lembaran yang terkena noda. Meskipun sudah dibersihkan, ia tidak akan sebaik lembaran yang baru sama sekali.
Di samping dua hal itu, al-afwu dan as-shafhu, kepada orang yg bersalah itu, kita diminta berbuat baik dan terbaik(ihsan). Ihsan itu bukan kebaikan biasa, akan tetapi keutamaan(al-fadhl) yang sangat tinggi. Ia di atas kewjipan atau sesuatu yang seharusnya.Meminta maaf adalah kewajipan, tetapi memberikan maaf sebelum diminta adalah keutamaan(ihsan)....
Sudah selayaknya kita mulai hidup baru dengan memperkuatkan silaturrahim,saling memaafkan dalam kebaikan dan kebahagiaan. Itulah sesungguhnya jalan taqwa yang harus kita budayakan sepanjang hidup kita.ALLAH berfirman, "sesungguhnya Allah berserta dengan orang-orang yang bertakwa dan orang-orang yang berbuat kebaikan," (surah Al-Nahl).
[Zubayr] Copy semata2. Moga ada manfaatnya:)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan