Jumaat, Februari 04, 2011

Mesir, bagaimana anda ketika ini?

Sejarah sedang dicipta di Mesir. Apa yang terjadi sekarang tidak diragukan lagi ialah revolusi menentang diktator yang telah mencengkam Mesir selama beberapa dekad. Seluruh dunia sedang menyaksikan keruntuhan regim sekaligus bukti siri kejatuhan kediktatorian yg membelenggu negara arab.

Kebangkitan Selasa 25 Januari 2011, bukan hanya bukti kejayaan Mesir menentang penindasan dan keangkuhan regim politik berkepentingan individu, tetapi juga membuktikan mereka mampu membuat penentangan dan pemberontakan.

Mubarak dan konconya juga bertindak dengan cara yang belum pernah terjadi sebelumnya, menolak untuk mengundurkan diri sedangkan berjuta-juta rakyatnya turun ke jalan menuntut pemergian mereka. Kerajaan telah bertindak keras, mengabaikan demonstran aman, sebagai saksi dunia bahawa protes rakyat dan keinginan mereka untuk perubahan yang positif.

Selasa lalu menyaksikan bermulanya kebangkitan orang ramai dari Mesir daripada semua lapisan masyarakat yang menyatakan protes mereka di jalan-jalan Kaherah dan seluruh kota besar di Mesir. Mereka ramai secara aman, menyuarakan kekecewaan dan aspirasi mereka.

Malangnya, Mubarak mendepani gerakan ini dengan tindakan keras yang dirancang kalangan konco-konconya. Meriam air, peluru getah, gas pemedih mata bahkan peluru hidup sedang ditembak ke arah penunjuk perasaan di samping kekerasan fizikal lain.

Hakikatnya, rakyat Mesir tidaklah terkejut oleh keganasan rejim Mesir yang berusaha untuk membatalkan pemberontakan aman sebagaimana disebarkan secara langsung oleh saluran berita antarabangsa. Perilaku apa lagi yang diharapkan daripada regim yang telahpun memusnahkan harapan hidup mereka selama ini.

Itulah tugas utama pasukan keselamatan Mesir selama ini, iaitu memastikan kekuasaan diktator untuk mendapat ganjaran hak istimewa dan kuasa ke atas rakyat yang ditawarkan kepada mereka oleh rejim. Reaksi pasukan keselamatan ini turut mencerminkan khayalan dan paranoid regim, sementara hubungan antara kerajaan dan rakyat adalah berasaskan perasaan takut dan mengikut arahan.

Pemilihan Parlimen dan Presiden hanyalah lakonan yang hakikatnya hanyalah untuk memastikan kuasa autokratik Mubarak serta kroni politik sekelilingnya yang korupsi.
Turut menjelaskan menjadi lambang kezaliman ini, balai-balai polis Mesir adalah tempat pencabulan kemanusiaan serta ugutan pegawai polis terhadap rakyat. Seperti biasa, regim kini berharap tindakan kekerasan mereka akan menjadikan rakyat akan berfikir berkali-kali sebelum mencuba sesuatu seperti ini lagi.

Facebook dan Twitter digunakan sepenuhnya oleh kumpulan pro-pembaharuan bagi mengatur dan menggembleng idea mereka. Mengetahui hal ini, pihak regim mulanya bertindak menyekat penggunaannya. Namun, apabila ia dilihat kurang berkesan, talian internet bahkan rangkaian telefon bimbit turut disekat. Semua ini terjadi sementara pasukan keselamatan sedang menyerang bagi menyuraikan para penunjuk perasaan.

Para penunjuk perasaan kelihatan menyambut baik pihak tentera, tanpa menyedari perancangan yang mungkin dilakukan oleh regim.

Pihak Keselamatan awalnya kelihatan dibiarkan tanpa arahan. Namun kemudian, mereka mula bertindak untuk membebaskan banduan-banduan jenayah. Maka berlakulah siri-siri rompakan dan pembunuhan di serata bandar dan kampung di Mesir. Keadaan ini menimbulkan suasana panik dan tegang kerana tiadanya pihak keselamatan. Kerajaan mengharapkan suasana ini adalah alasan kepentingan kekalnya Mubarak untuk menjamin keselamatan. Namun, terbukti jalan-jalan Mesir tetap dipenuhi dengan protes damai yang menyeru Mubarak dan regimnya agar berundur.

Untuk lebih membuktikan rasuah kerajaan, kebanyakan perusuh pro-kerajaan yang diberkas didapati memegang kad pengenalan polis, sebahagiannya menggunakan senjata yang diambil dari pejabat polis, jelas menunjukkan konspirasi yang dilakukan oleh pihak keselamatan.

Dunia kini menyaksikan krisis di Mesir dengan penuh minat. Mesir adalah sekutu utama Amerika dan memainkan peranan penting di dunia Arab dan Timur Tengah. Mesir juga adalah penerima jumlah bantuan ketnteraan kedua terbesar daripada Amerika. Namun, titik paling penting adalah fakta bahawa ia adalah negara Arab tetangga terbesar dengan Israel dengan ikatan perjanjian damai pada tahun 1979.

Amerika dan Israel takut bahawa era pasca-Mubarak akan menjadikan Mesir menuju demokrasi. Pilihanraya umum yang bebas akan membawa Ikhwanul Muslimin berkuasa. Setelah menyokong kediktatoran Mesir selama hampir 30 tahun, mereka amat bimbang melihat kerajaan Islam di sempadan Israel.

Sementara itu, penunjuk perasaan Mesir meneruskan protes aman mereka. Mereka berjuang berdepan kekerasan dan keganasan daripada pihak keselamatan, serangan dari konco Mubarak dan gengster-gengsternya. Mereka menunjukkan tekad mereka untuk protes sehinggalah Mubarak berundur dan Mesir boleh bernafas sekali lagi, dan bergerak maju.


Artikel asal ;

Tiada ulasan: