Ada satu ketika tu, di sebuah musolla waktu masuk solat zuhur.
A: B, jom solat sunat qobliyyah 2 rakaat.
B: Aiseh, seganlah nak buat. Dah la tak biasa buat. Kang ter 'riya' pulak jadinya.
A: La, macam tu pulak. Buat je. Jom la.
B: Takpelah, dah la aku tak biasa buat. Nanti member2 lain tengok, apa diorang kata.
A: Kau fikir, apa diorang kata?
B: Macam aku cakap tadilah, Riya', bajet rajin, konon biasa solat sunatla tu. Arrghh, segan aku.
A: Diorang pernah cakap ke?
B: Tak pernah. Rasa akulah.
A: Kalau gitu, aku solat dululah.
Pernah ke alami macam situasi di atas?
Entah, pernah kot saya. Hehe.
Saya amat pasti situasi begini banyak berlaku dalam keadaan dimana kita cuba membiasakan sesuatu perkara yang kita tak biasa. Lebih2 lagi dalam melakukan amal2 sunat.
Dalam soal beribadah, at the first place, kita perlu berusaha melakukannya kerana Allah. Bukannya yang lain2. Takut orang katalah, takut nampak riya'lah, takut nampak janggallah dan macam2 takut dan fobia lain yang tiba2 muncul. Jika ada bibit2 riya' atau bangga diri yang terlintas, cubalah beristighfar. Berusahalah untuk hilangkannya.
Tapi, ibadah tetap perlu buat.
Allah kan menilai sejauh mana usaha kita (Dalam konteks ni, sejauh mana kita melakukan sesuatu ibadah itu dengan seikhlas hati). Jadi, usaha, usaha dan teruslah berusaha. Bila kita dah melakukan amalan tersebut, berdoalah supaya Allah menerima amal2 kita. Tak perlu lagi fikir persepsi dan tanggpan negatif orang lain selepas itu.
Kalau kita yang dah buat sesuatu amalan itu pun, tapi masih takut orang kata, yang tak buat langsung juga atas sebab takut orang kata, macam mana pulak?
Sama je lah. Kan?
Jom muhasabah.
[zubayr] Allah dulu, baru yang lain2~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan