Selasa, Mei 24, 2011

"Jom, solat"

Tahap keberkesanan mengajak dan menyeru orang lain untuk melakukan sesuatu bukanlah terletak pada semangat dan gaya peng'ajak'an kita pada satu2 masa itu. Tetapi, terletak pada kejelasan matlamat kita mengajak orang lain ke arah sesuatu itu secara berterusan tanpa rasa bosan dan jemu sedikitpun.

Contoh mudah, mengajak rakan2 sebaya/roomate/coursemate menunaikan solat bila masuk waktunya. Kadang2, bila berkumandangnya azan masuk waktu solat, time tu lah nak buat assignment, time tu lah nak makan, berborak dan sebagainya.

Apa kata kita ringankan mulut ajak semua untuk berjemaah di masjid/surau. Takpun, berjemaah sama2 di bilik. Instead of solat sorang2. Tak kesahlah, berapa ramai pun yang akan ikut, yang penting, mengajak itu perlu. Sentiasa kena mengingatkan dan menyedarkan urgensi solat diawal waktu itu adalah suatu prioriti dalam kehidupan.

Semuanya terangkum dengan mengeluarkan dua perkataan je.

"Jom, solat."

Kita sebenarnya sudah berusaha mencapai matlamat kehidupan bagi seorang manusia yang ditetapkan Allah pada kita;

  • Matlamat sebagai seorang hamba Allah.
"Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku."
(Az-Dzariyyat:56)

  • Matlamat sebagai seorang khalifah/pemimpin yang mengajak yang lain2 mengabdikan diri kepada Allah
Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."
(Al-Baqarah:30)

Mudah? Ye kot. Cubalah dulu.

Yang penting, jangan pernah mengalah dari terus mengajak. Bukan setakat solat sahaja, bahkan perkara2 yang lebih besar lagi. Hidayah itu milik Allah. Boleh saja Allah menetapkan semua kita dan rakan2 kita patuh molek dengan segala suruhan-Nya dan menjauhi segenap larangan-Nya.

Tetapi bukan begitu ketetapan-Nya.

Untuk mengetahui sejauh mana kita sedar akan hakikat kehidupan kita dan sejauh mana sebenarnya kita berusaha membawa rakan2 kita di sekeliling ke arah hakikat itu.

Wallahu'alam

[Zubay] Err, "Jom, ajak orang lain solat..." (5 patah perkataan)