Sabtu, Ogos 27, 2011

Pulang

Bismillah,

Insya-Allah, hari ini saya akan pulang ke kampung menghabiskan sisa-sisa Ramadhan yang berbaki di sana disamping menyambut hari 'kemenangan' Eidul Fitri 1432H bersama-sama sanak-saudara dan ahli keluarga yang lainnya. Doakan semoga perjalanan saya dan keluarga berada dalam keadaan yang selamat pergi dan pulangnya. Juga mohon didoakan supaya kita tergolong dalam golongan yang layak menyambut kemenangan dalam keadaan penuh keredhaan oleh-Nya.

Ramadhan semakin hampir menghampiri sisi penghujungnya. Lalu, bakal tamatlah sudah pengajian kita di bulan tarbiyah(mendidik) ini. Lantas, pulanglah semula kita ke medan sebenarnya. Medan yang sepatutnya kita tempuhi semula seperti sebelum menjelangnya Ramadhan dulu.

Tapi kali ini pelbagai bekalan, senjata, perisai dan kelengkapan sepatutnya telah pun tersemat kemas di tiap2 bahagian diri yang 'vulnerable'. Orang yang sedar tentang hakikat 'medan sebenar' ini pasti sudah tersedia semua kelengkapannya.

Rugilah pula bagi yang tak sempat 'get ready' (sedih nak ckp, kemungkinan besar diri saya sendiri, isk). Jadi, hanya mampu berdoa agar tergolong dalam hamba-hamba-Nya yang ikhlas dan diterima amalannya. Insya-Allah

Saya ulangi, Ramadhan masih ada berbaki. Manfaatkan ia sepenuh2nya.

Pulanglah kita semua dengan diri yang baru. Hadapi kehidupan dengan bekalan yang diperoleh~

Wallahua'alam~

Tiada ulasan: