Khamis, Julai 19, 2012

Bukan dan Bukan

Bukan.

Yang sempurna itu bukan aku orangnya.
Yang tidak rosak mutabaah fardhinya juga bukan aku.
Yang sentiasa tidak lalai dari mengingati Allah juga bukanlah aku.
Yang punya iman kuat membentengi tiap2 godaan syaitan itu, pun bukan aku.
Yang tegar menolak sapaan al-hawa (hawa nafsu) setiap kali bertembung, jauh sekali aku.
Yang banyak ingat kisah serta sirah para sahabat dan lain2 pula, apatah lagi.


Tapi,

Perlulah wujud usaha ke arah itu.
Moga usaha kerasku tidak akan mengenal jemu.
Moga detik yg bakal tiba ini menjadi katalis buat titik peluhku.
Moga Ramadan kali ini lebih besar ertinya buat aku.
Moga ianya perubahan yg benar2 dirasai buat diri, 
hadek2, rakan2, abang, adik2ku, ahli keluarga dan semua yang di sekitarku. 


Dan aku, sedang menyeru kamu2 juga walau aku bukan sempurna. Kerna tanggungjawab tak pernah mengenal tahapan2 kesempurnaan.  

"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan."

- Imam Hasan al-Basri-



Marhaban wa ahlan ya Ramadan.


Semoga anda (Ramadan) dapat membentuk saya menjadi dai'e yg lebih ampuh dan lebih kompeten. Ameen~

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hanya diri dan Allah sahaja yang tahu siapa kita.

tiada yang sempurna,
tetapi Allah cintakan mereka yang berusaha.