Selasa, Mei 21, 2013

Merah saga, biru tua

Di bandar Merseyside, ada dua kelab bola sepak terkemuka Liga Perdana Inggeris iaitu Liverpool FC dan Everton FC. Kedua2nya merupakan kelab bertaraf dunia, jika tidak keterlaluan saya katakan.

Liverpool sinonim dengan warna merah garangnya manakala warna biru tua sangat rapat dengan Everton. Stadium kedua-dua kelab ini pun tidaklah jauh. 

Biru
Merseyside sangat terkenal dgn sejarah dan falsafah bola sepaknya yang unik dan tersendiri. Pertembungan derby (jiran setempat) antara The Reds dan Toffees pula adalah antara yang dinanti2kan setiap kali musim EPL tiba.

Hanya satu perkataan yang sesuai untuk menggambarkan minat mendalam penduduk tempatan di sini terhadap bola sepak; 'KEGILAAN'. Ianya bukan sahaja consume masa untuk menontonnya bahkan juga kadangkala mempengaruhi tindakan dan menguasai emosi bila mana berbicara tentang bola sepak.


Justeru, tanya pada diri, apa yg menjadi kegilaan anda kini? 
Jika belum ada, sudah terfikir nak ter'gila2'kan apa? 

Sebagai seorang hamba Allah, ayuh selarikan 'kegilaan' kita dengan apa yang Allah redha. Tiada apa yang lebih mulia daripada itu.

صِبْغَةَ اللَّهِ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ صِبْغَةً وَنَحْنُ لَهُ عَابِدُونَ
Shibghah (celupan) Allah. Dan siapakah yang lebih baik shibghahnya dari pada Allah? Dan hanya kepada-Nya-lah kami menyembah. (QS. 2:138)

Merah.
Biru atau merah? Apa pun ia, redha Allah kekal yg utama di kala kita mengharapkan pertemuan indah dengan-Nya.

Wallahua'lam.

Tiada ulasan: