Ahad, Mac 30, 2014

Pressure point

Bismillahrirrahmanirrahim..

Dalam hidup ini kita tidak boleh nafikan kita akan sentiasa saja ada tanggungjawab yang digalas. Setiap masa, setiap ketika. Bermacam2 tanggungjawab yang kita sedang atau bakal pikul. Tanggungjawab sebagai seorang muslim, seorang anak, sebagai seorang student, sebagai seorang housemates, classmates, usrahmates, sebagai sponsored student dan sebagainya.

As time goes by, tanggungjawab bukannya berkurang bahkan semakin bertambah seiring meningkatnya usia kita.

Time student dengan nak kejar submission deadline nya.

Bila dah mula kerja, dengan komitmen kerja yang 5-6 hari seminggu itu pula.  

Bila dah berkahwin, dengan komitmen terhadap keluarga, anak2 dan sebagainya.

Semuanya menuntut kita untuk memenuhi hak2 semua ini dan menenggelamkan diri dalam kesibukan. Setiap kali kita tenggelam dalam kesibukan, kita akan mula rasa tertekan dan stress yang teramat.

Di sini, setiap orang pula berbeza daya ketahanan mereka terhadap tekanan2.

Ada yang tak mampu bertahan dan down terus bila kerja banyak gila dan kesemuanya perlu disetelkan dalam masa satu malam sahaja (bertangguh punya pasal).

Tidak sedikit juga yang masih mampu meletakkan usaha sekuat2nya even dalam kekalutan untuk menyelesaikannya walaupun kadang2 terlewat submit pon.

Masih ada juga yang mampu bertenang dan secara automatik menjadi rasional dalam menyusun prioriti dan gerak kerja walaupun dah last minute.

Ini semua penangan tekanan tehadap diri dan kehidupan manusia. Saat tertekan itu, menyebabkan diri manusia mampu berubah.

Daripada tenang kepada marah.

Daripada senyum ketawa kepada muram2 geram. Pantang ditegur bila time2 stress.

Daripada hidup tak tersusun kepada pandai merancang dan menyusun prioriti.

Siapa boleh jangka, kan? 

Semua orang ada pressure point 

Begitulah.

Dan begitulah hakikatnya perihal tekanan. Dari sudut positifnya ia mampu mencungkil potensi luar biasa kita untuk melihatkan wajah zahirnya.

Persoalannya di sini, jika kita diberi pilihan untuk ditekan, tekanan yang macamana yang kita akan pilih?

+++

Baru2 ini, sekolah rendah lama saya menganjurkan sebuah majlis keraian 'Hi-Tea' meraikan ulang tahun ke-25 penubuhannya bersama para asatizah sejak dari awal dulu.

Secara ringkas, penubuhan sekolah lama saya adalah hasil keringat dan tulang empat kerat pakcik2, makcik2, ikhwah dan akhawat yang ingin terus melihat lahirnya modal2 insan yang berilmu, berperibadi mulia, soleh wa musleh, kompeten serta mampu menyumbang kembali idea2 segar kepada masyarakat. Dan sudah pastilah meraka mahukan ianya terbina hasil pendidikan islam yang holistik dan bersepadu.

Di dalam ucapan rasmi oleh seorang pakcik yang saya cukup kenali pada majlis tersebut, berbunyi;

"Istimewanya Hidayah (nama singkatan sekolah saya) adalah kerana kita mempunyai roh islam yang membelakangi usaha-usaha kita, kita mendirikan hidayah kerana tekanan daripada roh fikrah dakwah ini, dan itulah kekuatan kita,"

"...kita mendirikan hidayah kerana tekanan daripada roh fikrah dakwah ini..."

...kerana tekanan daripada roh fikrah dakwah ini..."

...roh fikrah dakwah ini..."

Nah !!

Kita, bila busy dengan urusan peribadi sikit, lupa terus tanggungjawab utama kita (yakni sebagai 'abid dan khalifah). Buat kerja dakwah acuh tak acuh saja. Culas dan malas pula. Perasaan tertekan itu hanya tinggal perasaan.

Kena stop jap kerja2 DnT ni sebab stress dan takleh fokus katanya.

Golongan awal dakwah dahulu, tekanan daripada fikrah dakwah sebeginilah yang menghantui mereka siang dan malam. Bagi mereka tekanan inilah yang menolak mereka untuk lebih gigih dan berusaha meletakkan ikhtiar yang paling baik demi memastikan mata rantai dakwah ini tetap ada penyambungnya.

Tekanan terhadap fikrah dakwah ini menuntut mereka memberi sehabis baik potensi dan sumber yang mereka ada. Mengeluarkan kemampuan luar biasa mereka untuk memenuhi tujuan itu.

Jadi, penting untuk kita melihat kembali diri kita bahawa kehidupan kita ini dipandu oleh tekanan yang macamana. Dan penting juga kita memastikan hasil penat lelah kita menjalankan pelbagai jenis tanggungjawab yang ada ini, apakah dibelakangi oleh ruh islam itu sendiri atau sebaliknya.

Point saya di sini adalah, tidak salah rasa tertekan sebab urusan peribadi, study, kerja dan sebagainya, tidak. Tetapi, betapa rugilah kita kalau kita tertekan kerana semata2 itu sahaja. Kalau boleh, biarlah tidak terasing dengan misi kita sebagai seorang hamba Allah yang memburu syurga-Nya.

Lupakah kita pada firman Allah ini;

انْفِرُواْ خِفَافاً وَثِقَالاً وَجَاهِدُواْ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللّهِ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

“Berangkatlah kamu baik dalam keadaan ringan ataupun berat, dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.” 
(At-Taubah : 41)

As-Syahid Syed Qutub dalam Tafsir Fi Zilalnya menghurai ayat di atas:

“Hendaklah kamu semua berangkat dalam apa jua keadaanmu. Berjihadlah dengan jiwa raga dan hartamu. Dan jangan mencari-cari alasan dan keuzuran serta jangan sesekali tunduk pada sebarang halangan dan justifikasi.”

Wallahua'alam~

Demi kecemerlangan dunia dan akhirat 

Tiada ulasan: