Memaparkan catatan dengan label Kehidupan dan Kita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kehidupan dan Kita. Papar semua catatan

Selasa, November 12, 2013

Mari menilai semula tentangan terhadap dakwah

Sudah menjadi sunnatullah dan fitrah, seruan ke arah kebaikan akan sentiasa ada tentangan, menghadirkan kegelisahan dan menimbulkan ketidakselesaan pada mata pandangan sesetengah pihak masyarakat. 


Ujian dan tentangan berbentuk fizikal
bukanlah yg tentangan paling hebat 

Ehem, Rasulullah SAW pun pernah mengalami perkara yg sama.

Baginda yg begitu terkenal dengan pekerti yg indah dalam berurusan, dikenali sebagai seorang yg amanah dalam menggalas tugasan bahkan seorang yang begitu benar lagi tidak pernah menipu, lantas mendapat "al-amin" sebagai gelaran.

Namun, di bukit safa Baginda tampil ke hadapan, setelah tiba masanya dakwah diperluaskan, begitu rancak dan terbuka jugalah Abu Lahab melempar penentangan.

Begitu sekali hebatnya mesej tauhid dan mengesakan Allah yg Baginda bawa sampaikan para pembesar quraisy berasa tergugat segenap inci ruang2 kekuasaan dan ketundukan. Yep, tergugat solely kerana mesej dan risalah yg Baginda dukungi yg hakikatnya suatu cahaya menerangi.

+++

Walau amuk gelombang tak henti menerjang

Saya kira ini adalah suatu motivasi besar dalam mentarbiyah diri serta terus komited dgn dakwah. Menjadi seorang figura qudwah seperti Rasulullah SAW bukan sahaja setakat menjadi model individu cerminan islam, bahkan meminimakan ruang2 fitnah terhadap mesej yg dibawa. Sehinggakan pihak pembesar quraisy tercari2 kat mana yg Rasulullah 'slek'.

Ketahuilah mehnah dan ujian itu pasti.

Cuma perlu melihat sedikit, apakah manusia menolak atas sebab mesej yg kita bawa atau kurang senang dengan peribadi kita? Jom sama2 muhasabah dan perbaiki diri.

:)

Zubayr Afiq Zakaria
Tgh malam
lepas usrah

Isnin, Jun 24, 2013

Kepercayaan

Telah menjadi hakikat dan lumrah, setiap manusia masing2 ada kepercayaan yang mereka yakini.

Ada kelompok mempunyai kepercayaan yg sama. Ada kelompok yg berbeza. Itu lumrah.

Ada orang mengakui dia tidak percaya pada apa2. Langsung. Tapi samada dia sedar atau tak, itulah kepercayaan dia. Masih ada sistem kepercayaan dalam dirinya.

Justeru, kita sebagai salah seorang insan yg hidup di sekeliling manusia perlu hormati saja kepercayaan apapun. Samada ia kepercayaan yg benar atau salah, itu soal lain. 

+++

Sebagai daie, kita dituntut tidak hanya berfikir untuk diri kita sahaja. Bahkan sentiasa berfikir untuk kebaikan dan manfaat dalam perimeter yg lebih luas.

Permasalahan yg dihadapi mad'u juga antara perkara yg perlu menjadi perkiraan kita.

Dalam menilai permasalahan mad'u, mulakanlah dengan melihat perkara yg basic; mengubah apa yg mereka percaya.

Dengan percaya, lahirnya nilai. 
Pertimbangan baik dan buruk. Sesuatu yang membentuk cara pandang.

Dengan nilai, terbentuknya budaya.
Manusia akan rasa enjoy hidup dalam budaya dan suasana yg dia rasa selesa.

Dengan budaya, lahir pula tabiat dan kebiasaan.
Dari sini biasanya terserlah keperibadian. 

Dengan tabiat, terbentuknya cara tindak/kerja.

+++

Daie itu orangnya bijak mendiagnos permasalahan sebelum memberikan ubat (kata putus). 

Kadang2 kita terlalu lekas menilai mad'u. Sehingga ada waktunya mendorong kita berlaku tidak adil akibat assumption awal tersebut.

Akhirnya langsung tidak menyelesaikan masalah yg pokok. Tension sendiri pula kita dibuatnya.

Carilah punca dan asbab sedalam2nya agar kita dapat memberi penyelesaian yang paling ideal dan effektif bagi setiap permasalahan2 mad'u.

Carilah masa, duduk sejenak dan berfikir dalam2. Kata orang, biar sampai mati berfikir pun takpe.

Yang lain, berserah saja pada Allah.

Sekian,
Bebelan di pagi hari.
Waktu Malaysia.

Sabtu, Ogos 11, 2012

Segar Lagi Menenangkan

Salah satu nikmat di dalam cara hidup islam yg kita terapkan dalam kehidupan seharian adalah nikmat berukhuwwah.

Ukhuwah itu paksinya iman. Iman pula tunjangnya Allah. Dan Allah lah yg mencampakkan ketenangan dan kasih sayang kepada mana2 hamba-Nya yg Dia kehendaki. Jadi, tanggungjawab ukhuwah itu perlu diberatkan atas diri sendiri dulu.

Dan kita (nak ckp 'saya' sebenarnya), perlu rasa sangat beruntung mempunyai para 'ikhwah' (kata lain bagi teman) dan teman2 yg bilamana kita bersama mereka, melihat wajah mereka, berbual dengan mereka, bergurau senda dengan mereka, ajak berbincang bersama, saling bertukar pandangan, Allah campakkan ketenangan ke dalam hati kita melalui mereka. Ahah!

Tak tergambar dek perkataan.

Sumpah, bertemu mereka2 ini buat saya rasa tenang, tenteram dan sgt 'refreshing'.

Semoga Allah mengekalkan nikmat yang datang sekejap2 ini. Noktah.

Jumaat, Ogos 03, 2012

Kerna Sayang

"Saaayang ummi." bisik yaakub (si kucing) pada ibunya.
                                     
Ultimate level dalam kita melaksanakan sesuatu arahan dan suruhan adalah bila kita melakukannya dengan rasa penuh kasih dan sayang.

Kasih dan sayang terbit bila memahami erti kenapa perlu kita disuruh itu dan ini.
Juga faham kenapa perlu dibuat itu dan ini.

Ada ke orang, bila diminta buat something, hati penuh terpaksa walaupun kerjanya dibuat juga?
Kalau ada, itu normal kot (saya rasalah). Itu lagi baik dari tak buat langsung. Hehe.

+++++++

Tapi dlm konteks beramal memenuhi tuntutan dan menjauhi larangan Allah, sangat tepatlah kot kalau saya nak aplikasikan formula ini. Lagi2 dlm bulan Ramadhan ni. Sebab kita hari2 solat, gi surau, ngaji, tarawikh, qiam, solat sunat, gi usrah dan mcm2 lagi. Kadang2 kita perlu renew niat kita dlm melakukan every single amal2 harian kita. Supaya semua tu tak jadi 'rutin' semata.

Kalau boleh, taknaklah asek berpenat berlelah buat 'rutin' tapi tak dapat ganjaran, keampunan dan keredhaan Allah yg paling MAKSIMA kan?

Buatlah kerana rasa cinta dan sayang kita kepada Allah s.w.t dan semoga dari situ lahir keikhlasan, kenikmatan dan kelapangan hati. Insya-Allah, sedikit demi sedikit, Allah akan bukakan pintu hikmah dan kebijaksanaan buat kita. Yela kan, kita mungkin tak nampak apa manfaat kebaikan2 yg kita buat sekarang.

Dia kan Maha Mengetahui. Uhuk.

Sekian, Wsalam.

*Moga kita tergolong dalam golongan yang mengejar keampunan Allah setiap masa. (Ali-'Imran:133)

Rabu, Mei 09, 2012

Mendaki Kehidupan

Replika Sebuah Pendakian

Kalau boleh, saya memang nak ibaratkan kehidupan ini seperti suatu pendakian.

Kerana kita ini sedang dalam pendakian.

Kesukaran, tidak patut menjadikan kita gagal menjejak puncak pengakhiran.
Keselesaan, tidak pula menjadi sebab untuk kita berpatah kembali ke titik permulaan.
Kerehatan pula tidak seharusnya menjadi punca untuk kita berhenti di tengah jalan.

Kerana kita ini sedang dalam pendakian.

Tapi, kita ini kadang2 lupa.

Terlupa akan realiti dan hakikat pendakian.
Terlupa akan persekitaran yang sering sahaja melemaskan.
Terlupa akan tanggungjawab dan keperluan.

Terus sahaja tenggelam di 'peak2' yang tertentu.
Terlupa langsung yg diri itu sedang dalam pendakian.

Pendakian tu memang susah dan payah.
Tapi kita boleh sampai ke puncak sebenarnya.
Syaratnya, kena bersedialah. 

Persediaan dan persiapannya pulak suatu prosses memakan masa.
Sebelum, sewaktu dan even setelah sampai di puncak kelak.

Iya, kena lalui prosses persediaan. Baru competent nak mendaki. 

Barulah sampai ke puncaknya. 





Rabu, April 18, 2012

Terlewat

Baru2 ini, saya terlewat untuk ke sebuah temujanji konferens riang.
Temujanji yang sangat penting. 

Penting buat mengekalkan penerusan kesihatan luar dan dalam (baca: jasmani dan rohani).
Tapi malangnya terlewat.

(Terlewat tu bukan bermakna lagi setengah jam temujanji tu nak habis atau lebih singkat lagi. Kes saya ini, kira tak lewat sangatlah. boo. alasan -,-"). 

Rasa, macam tak nak dtg terus je sebab lewat. 
Pikir dua tiga kali jugaklah nak gerak ke taknak ke temujanji tu.
Then, teringat pula satu kaedah dalam usul fiqh,

"Perkara yang tak mampu diraih/dibuat/dapat kesemuanya, janganlah pula ditinggalkan kesemuanya..."

At the end, Allah detikkan hati untuk pergi jugak. Harapnya dapatlah sedikit sebanyak main content konferens riang dlm temujanji tu , even terlewat. Urghh.

Namun, di sana saya dapati ada pengajaran yg sangat berguna buat diri.

Dan di sana, saya harap pengajaran itu dpt menjadi satu 'booster' buat diriku yg sering (dah selalu sgt 'sering', dah tak tau nak cakap apa dah. lol) leka-lalai-lupa-alpa-dll dalam mengurus hal2 diri.

Yup, pengajaran tu ada kaitan dengan content konferens riang ku itu.

Dan pengajaran itu nak kongsi lain kali lah...

*konferens riang : sort of majlis ilmu la lebih kurang...

Sabtu, Ogos 27, 2011

Pulang

Bismillah,

Insya-Allah, hari ini saya akan pulang ke kampung menghabiskan sisa-sisa Ramadhan yang berbaki di sana disamping menyambut hari 'kemenangan' Eidul Fitri 1432H bersama-sama sanak-saudara dan ahli keluarga yang lainnya. Doakan semoga perjalanan saya dan keluarga berada dalam keadaan yang selamat pergi dan pulangnya. Juga mohon didoakan supaya kita tergolong dalam golongan yang layak menyambut kemenangan dalam keadaan penuh keredhaan oleh-Nya.

Ramadhan semakin hampir menghampiri sisi penghujungnya. Lalu, bakal tamatlah sudah pengajian kita di bulan tarbiyah(mendidik) ini. Lantas, pulanglah semula kita ke medan sebenarnya. Medan yang sepatutnya kita tempuhi semula seperti sebelum menjelangnya Ramadhan dulu.

Tapi kali ini pelbagai bekalan, senjata, perisai dan kelengkapan sepatutnya telah pun tersemat kemas di tiap2 bahagian diri yang 'vulnerable'. Orang yang sedar tentang hakikat 'medan sebenar' ini pasti sudah tersedia semua kelengkapannya.

Rugilah pula bagi yang tak sempat 'get ready' (sedih nak ckp, kemungkinan besar diri saya sendiri, isk). Jadi, hanya mampu berdoa agar tergolong dalam hamba-hamba-Nya yang ikhlas dan diterima amalannya. Insya-Allah

Saya ulangi, Ramadhan masih ada berbaki. Manfaatkan ia sepenuh2nya.

Pulanglah kita semua dengan diri yang baru. Hadapi kehidupan dengan bekalan yang diperoleh~

Wallahua'alam~

Isnin, Julai 04, 2011

Ibroh dari mukhayyam

Bismillahirrahmanirahim.

Alhamdulillah, baru2 ini berkesempatan mengikuti sebuah Mukhayyam (perkhemahan) yang turut disertai rakan2 sebaya dan pakcik2 di Johor (Pakcik2 merujuk kepada mereka2 yang lebih berusia dari saya, boleh jadi tua 2-3 tahun sehingga 20-30 tahun lebih tua dan lebih). Seperti lazimnya, ia berlangsung selama 3 hari 2 malam.

Secara jujurnya, begitu banyak sebenarnya pengajaran dan hikmah yang saya sendiri peroleh sepanjang saya bersama2 dengan mereka pada mukhayyam ini. Mungkin juga lebih tepat, banyak perkara yang saya 'baru sedar' akan kepentingannya yang membuatkan saya terus berfikir2 tentangnya sehingga sekarang. Ketahuilah, hidup ini terlalu banyak perkara yang perlu dipertimbangkan.

Saya cuba memanfaatkan saat2 bermuayasyah ini bersama mereka. Memerhatikan setiap tingkah laku mereka, topik2 perbincangan sesama mereka, mendengar setiap pesanan dan kata2 mereka di setiap aktiviti yang dijalankan. Bagi saya semua ini adalah lebih berharga daripada sekadar berjaya mengharungi setiap aktiviti yang dijalankan. Benar, pakcik2 ini kaya dengan hikmah2nya. Hikmatus Syuyukh lah kata orang.

Dalam pada itu, saya cuba mengambil sebanyak mungkin nilai2 tarbawi (nilai2 positif) dalam setiap aktiviti yang dilalui.

Daripada pelbagai aktiviti yang dijalankan, trekking antara yang memberi impak besar dalam mengesani diri saya dengan nilai2 tarbawi ini. Dan yang pasti, trekking kali ini bukanlah trekking yang biasa2. Tetapi bukanlah sepayah ekspedisi menawan Gunung Tahan sepertimana yang pernah rakan2 sebaya saya di SMIH JB 2008 dulu berjaya lakukan (bangga sungguh, tapi saya tak join).

Perjalanannya yang naik turun dari serendah2 aras sehingga setiggi2 puncak dan diselangi dengan beberapa buah bukit pada mulanya tampak seakan2 'biasa' saja walaupun saya dah jarang exercise. Tapi boleh tahan lah.

Tapi sampai di satu ketika di hujung2 trekking, kami perlu menaiki cenuram yang curam. Saya mula rasa nak mengeluh bila terlihat bentuk muka bumi tesebut. Lepas satu2, makin tinggi pulak puncaknya. "Huh, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul" detik hati saya.

Nah, di sinilah saya dapat tahu sejauh mana kemampuan saya saat kata2 keluhan itu keluar dari mulut saya. Saya juga sedari setakat mana ketahanan diri secara fizikal mahupun mentalnya saya terhadap sesuatu.

Kadang2 dalam kehidupan seharian, kita banyak berdepan dengan masalah dan cabaran yang sukar. Kita mungkin tidak dapat mengelak daripada mengeluarkan kata2 keluhan. Ianya mungkin datang dari ketidakupayaan dan kekangan2 tertentu. Lain orang, lain kekangannya. Lain juga tahap keupayaannya. Itu normal.

Namun, apa yang lebih penting, sejauh mana tahap keberanian kita menghadapi masalah2 dan cabaran2 tersebut? dan sebesar mana pula mujahadah (kesungguhan usaha) kita untuk menyelesaikan semua itu? Sudah cukupkah dengan jalan penyelesaian yang satu itu? Hanya itu sahaja?

Kita sering tersepit dengan tarikan nafsu saat duduk berseorangan. Kita mendakwa telah berusaha menepis setiap godaan yang mendatang. Namun diakhirnya kata2 tewas, menyerah kalah dan looser sebagai hasilnya.

Itu ke yang kita katakan USAHA?

Kita sering bertekad untuk beristiqomah dalam menjaga amal2 fardhi. Subuh berjemaah di masjid atau surau, menghabiskan tilawah sekian2 bilangan muka surat Al-Quran, menghafaz sekian2 surah, bangkit qiam beberapa kali seminggu dan sebagainya. Namun diakhirnya semuanya tinggal sekadar perancangan. Bagaimana semua ketidakberhasilan ini boleh terus2an terjadi?

Di mana KOMITMEN kita?

Untuk makluman, saya berjaya sampai ke puncak pendakian dan turun dengan selamat (ok, sumer orang pun berjaya sebenarnya).

Kadang2 dalam pada itu, tanpa kita sedari, kita punya potensi. Potensi yang sangat besar. Potensi yang tidak membataskan keinginan dan impian kita. Dan kita tak pernah nak meraihnya keluar. Selesa duduk ruang lingkup sedia ada. Bukan tidak mencuba tetapi bila menemui kegagalan, itulah dia, setakat itu jelah. Tak cuba pun push our effort to the limit. Mana nak tahu sebenarnya kemampuan kita setakat mana.

Mungkin juga ada potensi2 besar yang lain yang tak terserlah lagi. boleh jadi anda punya potensi dalam pelbagai aspek dan kemahiran. Kena korek2 lagilah nampaknya.

Kenali diri anda, potensi diri anda. Sumbanglah sebanyaknya melalui relung potensi itu.

Perlu berta'aruf (berkenalan) lebih sikitlah dengan diri kita sendiri kalau macam tu.