Selasa, Disember 30, 2008

Rahmat Ujian, Detik Perubahan




A'uzubillahiminasysyitonirrajim bismillahirrahmannirrahim.


Alhamdulillahi thummalhamdulillahi nahmaduhu wanasta'inuhu wanastaghfiruh wana'uzubillahi min syururi anfusina wamin saiyyiati a'malina, man yahdihillahu fala mudhillalah, waman yudhillu falaa haadialah, wa asyhadu an laa ilaha illallah wahdahu laa syarikalah wa asyhadu anna muahammadan 'abduhu warasuluh, amma ba'd.


Segala puji dan syukur ke hadrat Illahi kerna limpah dan kurniaNya sajalah kita masih dapat hidup di atas dunia serta menikmati segalanya yang serba percuma di atas muka bumi ini. Pelbagai nikmat yang kita kecapi tatkala ini sebenarnya bukanlah sekadar satu kepuasan daripada hasil titik peluh yang kita telah mampu hasilkan dalam masa sehari atau lebih akan tetapi kita sepatutnya memandang nikmat ini juga sebagai sebuah ujian sukar yang mencabar untuk diri sendiri. Dan maksud sukar di sini tidak pula dijadikan alasan untuk terus menyerahkan nasib diri sendiri kepada takdir semata- mata.


Sesungguhnya ujian Allah itu tidaklah terlalu berat untuk dihadapi bahkan tidak pula terlalu ringan untuk kita mudah memandang enteng segala yang berlaku disekeliling kita. Firman Allah dalam surah Al- Baqarah : 284 ada bermaksud,


"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Mereka mendapat pahala atas segala kebajikan yang mereka lakukan dan seksa pula diberikan atas segala kemaksiatan yang dikerjakan"


Sepatutnya, sebagai seorang mu'min, kita tidak seharusnya mengeluh ataupun menyalahkan orang disekeliling mahupun seekor lipas yang berkeliaran di ruang stor rumah, tetapi adalah lebih baik jika kita soroti kembali adakah perlakuan kita selama ini adalah cukup baik atau bagus untuk Allah tidak menurunkan Ujian-Nya ke atas kita. Sudah tentu ada yang tak kena punya. Nikmat bercakap, melihat, mendengar, berjalan, membuat blog dan macam-macam lagi yang kita terima. Adakah kita pasti ianya tidak lari daripada melakukan kemaksiatan mahupun melaksanakan perkara2 yang nyata sekali jauh untuk mengingati Allah apatah lagi bersyukur atas nikmat limpahan-Nya?


So, perkataan terbaik untuk ini ialah; MUHASABAH. Muhasabahlah setiap perilaku sehari- harian kita agar segala yang buruk itu mampu dijadikan tembok sempadan yang kiranya jauh lebih kukuh dan kebal jika hendak dibandingkan dengan the Great Wall of China. Itu pun jika kita benar2 beriltizam dengannya. Manakala yang baik pula usahakanlah dijadikan tabiat a.k.a. habit dalam kehidupan seharian. Apa yang pasti setiap perubahan memang memakan masa. Oleh itu, bersabarlah.


Jadi, segala ujian daripada Tuhan itu merupakan satu peluang bagi diri kita untuk membentuk diri sendiri ke arah yang lebih baik. Yakinlah kasih sayang Allah, kawallah nafsu amarah, moga- moga kita menjadi hamba yang diangkat darjat di sisi-Nya, Insya-Allah...

2 ulasan:

RaihanaZak. berkata...

salam ya akh~

o0o0..wat blog sesenyap ea??saya dah tahu~

hmm...seronok membace di sini..
keep on writing yeah!!

wsalam...

Unknown berkata...

hu.ni mesti semangat lepas belajar dengan mak anas.hihi.semangatsemangatsemangat.selamat berr2j3.