Bismillahirrahmanirrahim...
Duhai sahabatku sahabat sejati yang senantiasa ku ingati di dalam hati jua sanubari,
Baru2 ini keluhan2 puas penulis dengari dari bibir teman2 yang baru sahaja kembali dari sebuah negeri. Mereka baru pulang daripada selesai melaksanakan sebuah misi yang bukannya tamat setakat ini. Alhamdulillah niat ikhlas yang telah lama tertanam di dalam diri Insya Allah mampu menghasilkan kemampuan mengubah segala persepsi dari setiap segi mengenai erti kehidupan ini.
Jangan cuba diselindungkan lagi segala keinginan untuk berubah kerana kelak mungkin bertambah susah. Malah lebih parah, bakalan mengundang pelbagai masalah yang berkemungkinan menjadikan hidup sahabat kehilangan arah.
Duhai teman seperjuangan di akhir zaman,
Ingatlah, perjalanan yang sukar dihadapi yang punya banyak halangan menanti jika berjaya ditempuhi lalu berhenti di destinasi yang belum ditujui itu langsung tidak bererti. Cubalah kekalkan kekuatan dan tekad, bulatkan keinginan dan nekad untuk berubah kepada yang lebih hebat. Bukan pula hanya tersekat untuk masa terdekat tetapi juga buat bekalan menghadapi hari Akhirat.
Jika difikirkan kesempatan bukanlah datang dengan ketetapan mahupun penjadualan, malah akan pergi melayang meninggalkan diri kita lalu menghadirakan pula kecapekan, lelah dan sikap menyerah kalah.
Jangan ditunggu hadirnya kekuatan, kerana di akhirnya penyesalan yang tiada berkesudahan. Sebaliknya, kekuatan yang sedia diraih perlulah digarap sesuai dengan keadaan dan persekitaran. Lantas membentuk segugus manfaat yang mampu dinikmati semua paling tidak dapat menikmati rasa dan aura kemenangan yang bentuknya sendiri ditempa oleh kita.
Jadi, jangan lupa tiada apa di sini yang berkekalan mahupun kebal dari segala faktor2 kepupusan. Kecuali yang satu ini iaitu-Perubahan- itu sendiri.
Perubahan itu suatu fitrah yang melengkapi manusia kerana itu ianya kekal berjalan, berubah dan berubah. Bahkan yang lebih baik pun akan tetap berubah kepada yang lebih baik lagi. Lebih malang lagi ianya berubah kepada yang lebih buruk lagi. Hal ini sunnah PERUBAHAN. Tiada yang statik. Jika tidak maju ke hadapan, ia bakaln menjadi sebaliknya.
Jangan terus-terusan membelakangi fitrah insani.
wahai teman,
Bermula dari dalam nurani seorang insan,
ke arah pemuliharaan persekitaran.
Justeru, apa lagi yang diragu?
Sekaranglah detiknya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan