Salam buat semua. Semoga berbahagia dalam apa jua kenikmatan dan ujian yang menimpa.
Jangan pula dilupa menzahirkan perasaan syukur dan redha atas segala yang datang daripada-Nya dengan menjaga tingkah laku serta memelihara tahap kesempurnaan akhlak kita. Iya, seperti akhlak Baginda s.a.w.
"Sesungguhnya aku diutuskan hanyalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia"
(Maksud Hadis)
........................................
Penulis pun sudah agak lama tidak meletakkan sesuatu untuk tatapan pembaca semua, ibarat seorang ibu yang membiarkan hanya tudung saji yang baru dibelinya sahaja terdampar selesa di atas meja akan tetapi hidangan di bawahnya telah pun dibiarkan disitu 2-3 minggu berlalu.
Bukanlah bermasalah mengurus masa (time management). Tetapi hakikatnya idea yang bernas sedia ada bagaikan tidak mahu melompat keluar dari kotaknya. Ialah, duduk dibawah tempurung itu kadang2 ada baiknya. Adalah juga masa untuk berfikir perihal sesuatu isu. Mungkin idea itu hanya menunggu masa.
Penulis sebenarnya teraspirasi saat mendengar perkongsian masalah seorang sahabat penulis yang masih bersekolah menengah. Kongsinya, sejak kebelakangan ini, dia merasakan sesuatu yang tidak pula dirasakan pada tahun2 lepas sesi persekolahan. Penulis hanya mendengar.
Lalu mentafsirkan....
Hayati satu analogi ini,

Ada seorang budak bernama Jali. Setiap kali waktu tidurnya, dia akan sentiasa mendampingi selimut yang telah dihadiahkan oleh ibunya. Beliau berasa amat bersyukur serta berterima kasih kepada ibunya, Mak cik Juli.
Dengan selimut tersebut, dia dapat dapat menghangatkan kondisi tubuhnya tatkala kesejukan dan suhu rendah sering sahaja berdampingan bersama setiap malam. Kehangatan malam juga diraih dengan mudah. Masya-Allah. Keempukan selimut tersebut pula bukan sahaja meningkatkan tahap kenyenyakan sesi beradunya, bahkan memenuhi ciri2 keselamatan yang menjaga serta memelihara postur tulang kerangka tubuh Jali sepanjang sesi istirehat bermakna itu.
Jadi, beliau semestinya merasakan detik yang dilalui sepanjang sesi gelombang beta tersebut amat-amat selesa. Tambahan pula kegetiran yang dilaluinya sepanjang hari dirasakan amat memeritkan serta perlu rasanya untuk diganti tenaga yang kian berkurangan menuju bergantinya hari. Caranya adalah dengan mendapatkan tidur yang cukup dan memuaskan.
.................................
Cuba pembaca bayangkan, anda diberi selimut tersebut, selesa bukan?
Sekiranya anda bertindak menerima keselesaan tersebut, menikmatinya dan mengecapi kenikmatannya terus dan menerus sahaja
Penulis ingin bertanya...
apakah keselesaan itu akan kekal?
apakah keempukannya akan masih berada di standard asal?
apakah keenakannya masih original?
Di sini penulis ingin menegaskan,
Realitinya memang bertuah hidup dalam suasana baik dan soleh serta banyak mempengaruhi diri untuk berlumba2 berbuat kebaikan. Punya persekitaran/bia'ah solehah serta tarbiyyah yang cukup memberi makanan jiwa, menenangkan hati kita. Alhamdulillah.
Tetapi ingatlah, Allah memberikan ketenangan, kemenangan kepada mana2 hamba-Nya yang dikehendaki. Allah sudah menjanjikan untuk memberikan segala nikmatnya kepada mana2 hamba-Nya yang memenuhi atau berusaha memenuhi syarat2 kejayaan nan kebahagiaan yang telah ditetapkanNya di dalam Al-Quran. Memang nampak sukar, tapi berusahalah. Ingat, hasilnya pun Allah janjikan yang bukan sembarangan pemberian.
Jika tidak di sini, di Syurga pasti!
Berbalik kepada topik sekolah,
Sudah sekian lama rasanya kita pernah kecapi nikmat ketenangan, diselimuti keharmonian, suasana aman serta peningkatan cemerlang dalam setiap lapangan. Tetapi sekiranya diketepikan sesuatu yang pada awalnya memasukkan kita ke dalam landasan kebenaran, nescaya kita akan terkeluar dari landasan asalnya.
Justeru, seharusnya kembalikan kejayaan itu kepada Allah degan rasa penuh syukur dan rendah hati. Malah jangan sesekali terleka atau terlepas pandang aspek2 penting dalam fasa2 pembentukan diri dan peribadi sebagaimana ketika usaha dan tawakkal diletakkan pada Allah untuk menggapai apa yang kita mampu perhatikan sekarang ini.
| "Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih". (Ibrahim:7) |
Iya, sama seperti era kegemilangan para sahabat Rasulullah s.a.w. yang pernah terpahat nama mereka dalam sirah perjuangan Ad-deen yang mulia. Ianya bermula dari seorang Kekasih Allah sahaja. Biarpun ketiadaan Rasulullah, mereka masih mampu menggamit segenap peluang dan ruang untuk menyebarsampaikan kalimah2 Tuhan serta mesej2 Islam sepertimana ketika Rasulullah memerintah.
Adakah mereka berjuang dengan penuh keselesaan atau ertikata lain berjaya dengan cara mudah tanpa mengalami kekalahan?
Mereka pernah tewas
Mereka pernah terkandas
Mereka pun pernah merasa nahas perjuangan...
Tapi apa yang pasti mereka tidak pernah sesekali merasa selesa dan cukup apatah lagi mengehadkan usaha perjuangan mereka untuk sesetengah tahap dan tempoh sahaja.
Sama juga seperti Jali, jika dia setiap hari hanya memikirkan mahu berehat saja kerana letih bekerja. Tetapi hingga beberapa tahun selimutnya digunakan tanpa dibasuh atau diganti pun sepanjang tempoh tersebut, kualiti rehatnya pasti terjejas. Hanya terlalu memikirkan keselesaan diri buat jangka masa pendek. Akibat daripada lompongan2 bekas gigitan tikus, lipas dan sebagainya serta hinggapan bakteria dan kuman2 pembawa penyakit. Dia juga tiada inisiatif untuk membeli selimut yang baru.
Tika itu, tindakan yang patut diambil, Jali perlulah membeli selimut yang baru serta mengkaji selimut mana yang lebih berkualiti sepertimana awal2 dulu ibunya memilih untuk menghadiahkannya selimut yang paling bagus untuknya. Benar, dia perlu bertanya pula pada ibunya dalam usaha mengekalkan keselesaannya.
Ingatlah, jika kita berusaha, Allah pasti membantu hamba-Nya mengekalkan apa yang baik untuk kita. Dan yang pasti, jangan pula sesekali kufur atas pemberian-Nya, alpa jua terleka. Ia hanya menyebabkan kita menerima azab Allah. Sesungguhnya azab Allah itu tetap amat pedih biarpun hanya secebis darinya sahaja.
Kata orang,
'Detik mula berasa selesa itulah sebenarnya saat permulaan kejatuhan...'
Ia boleh menjatuhkan sekiranya dirasakan keselesaan itu akan berpanjangan ditambah pula dengan hanya duduk diam membeku mengharapkan ia benar2 berkekalan tanpa sebarang usaha dijalankan. Jika anda berasa selesa, fikirlah atau anda hanya selesa menjamah kenikmatan yang berselimutkan ujian. Nauzubillah.
Sekarang anda punya masa lapang dan tenaga serta semangat pemuda yang gagah.
Ke mana semua itu dikerah?
Pelbagai era terus beredar, masa terus berputar, umat Islam dihambat dikisar, kalangan mereka ada yang tidak jelas tempat bersandar...
Kini, Selesakah anda?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan