Ahad, Julai 26, 2009

Sedar, Tak Sedar...

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t.

Apa khabar semua? Harapnya masih sihat2 sahaja jasmani, rohani, minda, pemikiran dan segala apa...

Harapnya post kali ini bukanlah sekadar membersihkan sawang2 yang sedia ada di laman yang anda sedang tatapi ini. Tapi makin menambahkan lagi ilmu, meningkatkan lagi Iman, serta amal pembaca. Mudah-mudahanlah, Insya-Allah...

H1N1 dan Cuti

Iya, sedar tak sedar, dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini, di mana merupakan minggu2 mengadaptasi diri masing2 di alam IPT (dalam jangkaan penulislah). Dalam masa beberapa minggu ini juga, sedar tak sedar beberapa cawangan UiTM telah pun ditutup bagi menjalani proses kuarantin dan kerja2 pembersihan. Bermula dengan UiTM Lendu, Melaka, diikuti pula UiTM2 cawangan yang lain (Sri Iskandar, Permatang Pauh, Dungun etc).

Dan maklumat terbaru pula, cuti pertengahan semester bagi semua cawangan UiTM dianjakkan seminggu lebih awal (kecuali UiTM Melaka, kalau tak silap) bermula 27 Julai sehingga 2 Ogos 2009. Untuk pengetahuan semua cuti pertengahan semester UiTM ini pada awalnya tak diuar2kan pun dalam taqwim, tapi bila kes penularan wabak Influenza A H1N1 ini makin meruncing, dan pekeliling cuti mid-sem ini telah pun dikeluarkan, barulah penulis tahu ada juga rupanya sesi cuti sebelum menjelang cuti raya.

Ramadhan; is Just Around The Corner

Sedar, tak sedar juga, bulan barakah, Ramadhan juga bakal mejelang tak lama lagi. Bagaimana persediaan kita? Apa perasaan kita? Biasa2? Sama macam tahun yang lepas2? Muhasabah balik. Penulis betekad mahu lakukan yang terbaik buat Ramadhan kali ini jika ditakdirkan sempat bertemu dengannya tahun ini (Ameen, ya Rabb). Penulis juga mahu melaksanakan dengan sebenar2nya apa itu yang dimaksudkan dengan "As-Shaum" (Puasa). Takkan nak setakat berlapar dan berdahaga sahaja bukan? Berpenat letih sahaja semata2?

Segala corong2 nafsu yang boleh membawa ke arah dosa, cuba kita atasi dan perbaiki. Jomlah sama2 melaksanakannya.

Amalan2 sunat, rugi rasa kalau tak buat

Seperkara lagi tentang amalan2 sunat. Banyak yang kita boleh kerja dan dirikan sepanjang menjelangnya Ramadhan. Tilawah, Solat Tarawikh, Infaq, Qiam, sahur dan pelbagai lagi.

Persediaannya pun kita dah boleh mulakannya sekarang macam puasa sunat, solat rawatib, tahiyatul masjid dan lain2. Kebiasaan boleh dipupuk. Sikit2 lama2, biasalah. Insya-Allah. Jadi, letakkan prioriti bulan Ramadhan pada tahap teratas. Sambutlah ia sebagaimana kebiasaan dari kita menyambut hadirnya Syawal. Suasana/bi'ahnya perlu mula dari dalam diri. Nah, di sini bagi sesiapa yang masih belum memiliki wallpaper di bawah, save and set it as your background.



Semoga kali ini menjadi lebih baik

Jadi, semoga kita dapat beramal dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan. Penulis berharap sungguh diri penulis dapat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan kali ini dengan lebih sempurna. Berdoalah kita agar tergolong dalam kalangan hamba2-Nya yang bertaqwa. Juga tak lupa agar segala amalan2 kita ini tetap istiqomah diamalkan walaupun setelah berakhirnya Ramadhan.

Semoga Ramadhan kali ini lebih ceria buat anda, pembaca semua.

Wallahua'lam

Tiada ulasan: