Di kesempatan yang sebentar dan peluang berhubung dengan talian internet yang terhad ini, ingin sekali penulis mengucapkan Selamat menyambut Eidul Fitri khas buat sahabat2 yang Muslimin dan Muslimat sekalian yang sedang membaca entri ini.
Harapnya, anda menikmati hadiah kemenangan Syawal kali ini dengan penuh rasa "berhak" atas segenap pengorbanan, ibadah & mujahadah kepada Allah s.w.t khususnya dalam Ramadhan yang baru sahaja berlalu pergi.
Syukurilah setiap detik kebersamaan dengan ahli keluarga, sahabat2 handai dan sanak-saudara yang lainnya. Bukan semua dari kita yang berupaya mengecapinya. Bukan juga semua dari kita mampu menahan nafsu dari membatalkan puasa untuk 30 hari dan bukan semua pula mampu mengekalkan nikmat iman dan muraqabah terhadap Allah.
Dalam kesempatan ini juga, penulis yang hina-dina ini memohon jutaan kemaafan daripada para pembaca semua atas pelbagai kekhilafan dan dosa yang secara langsung atau tidak langsung mengguris hati dan perasaan kalian. Terutama guru2, ustaz2 & ustazah2 di SMI Hidayah JB, adik2, abang2 dan kakak2 seperjuangan, teman2 X_Gen yang sudah lama benar tidak dapat bertemu dan juga anda yang setia melawat laman ini. (ceh, kerap mana sangatla...)
Walaupun sepatutnya memohon maaf itu afdhalnya bersua muka, bertentang mata, tetapi anggaplah permohonan maaf melalui blog ini suatu yang bertepatan dan bersesuaian dengan waqi' di alam maya.
Walaupun secebis kemaafan dan doa dari anda, sesungguhnya besar pengertiannya buat penulis.
Sekadar ini,
Zubayr Afiq bin Zakaria
SRI-SMI Hidayah JB (1998-2009)
Diploma Ukur Bahan, UiTM Perak (2009-sekarang)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan