Salam semua.
Moga sihat sejahtera hendaknya.
Musim raya menjelang lagi, kali ni raya haji pula. Macam biasa menjelang hari raya barulah ada post wishing para pembaca untuk menyambut Hari raya dengan penuh kesyukuran dan beringat2 tentang macam2 perkara lainnya. Moga saya tak macam tu.
Bertahun2 sambut Raya aidil adha/Haji/Korban, mungkin ramai yang dah tahu kisah di sebalik perayaan kita ni kan. Bukan setakat tahu, cuba hadam dan aplikasikan ibrah dan pengajarannya dalam kehidupan. Bagi yang mampu, dilaksanakan pula ibadah korban dengan menyembelih kambing/lembu/unta berbonggol satu, dua atau tidak berbonggol/dll, yang cukup syarat2nya lalu dibahagi2 pula kepada golongan fakir dan dan tidak berkemampuan sebagai tanda penyucian diri demi mendapatkan keredhaanNya.
Pada ketika ini, para jemaah haji di Mekkah beramai2 berkumpul di padang 'Arafah untuk melaksanakan kerja2 utama dalam ibadah haji. Bagi yang tak berkesempatan menunaikan haji, kita digalakkan berpuasa sunat pada 9 Zulhijjah sempena hari Wukuf dan tanda syukur ke hdrat Allah s.w.t dalam menyambut Eidul Adha.
Bagi yang pulang ke kampung dan akan pulang semula ke rumah, banyakkan berdoa semasa dalam perjalanan. Suasana kampung yang riuh dengan persiapan tatkala menjelangnya malam perayaan memang sudah menjadi tradisi turun temurun masyarakat desa. Segala macam hidangan dipersiapkan pada waktu malamnya sebab keesokannya jiran2, saudara mara, sahabat handai sudah pasti datang bertandang.
Bagi saya, sambutan perayaan kali terasa agak berbeza tidak seperti yang dulu2nya. Kali ini saya dan adik2 pulang ke kampung di Setiu, Terengganu untuk beraya di sini. Memang berbeza bila beraya tanpa ayahanda dan bonda tercinta yang kini sedang 'beraya' di Tanah Suci menunaikan rukun Islam kelima. Semoga mereka berupaya melaksanakan haji yang mabrur serta pulang ke tanah air dalam kedaan selamat hendak-Nya. Ameen.
Cuaca di sini memang jauh berbeza dengan keadaan Johor Bahru yang panas terik diwaktu pagi, lembap dan renyai pula di kala petang nak masuk malam. Di sini, hujan memang bagai menunggu2 gilirannya. Ada rezeki, pagi yang gelap berkemungkinan menjadi terang. Sudah menjadi ketetapan Allah yang menentukan cuaca di kawasan pantai timur ini. Kita sebagai hamba cuma perlu bersedia jika ada apa2 kemungkinan yang bakal berlaku.
Akhir kata, kenanglah peristiwa pengorbanan teragung Ibrahim a.s. dan anaknya, Ismail a.s. sebagai suatu inspirasi buat kita untuk berkorban melaksanakan perubahan diri dalam pelbagai aspek besar dalam hidup. Apatah lagi berubah dalam hal2 kecil seperti menjaga masa, pandangan dan tutur kata, solat di awal waktu dan sebagainya. Salam 'Eidul Adha dari saya.
Kerna kita Hamba-Nya, Kita khalifah-Nya.
*P/s: Salam 'Eidul Adha buat Abah dan Ummi di Tanah Haram juga buat Zayd di Amerika sana. Berkorbanlah untuk kebaikan!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan